Posts

The Beginning

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ini kisahku berkaitan bagaimana perjalananku sebagai guru bermula. Mungkin ada bahagian-bahagian nanti.  Jadi, kisah ini hanya permulaan dan ia berlaku pada pertengahan tahun 2006. Selepas SPM di SMK Seri Perpatih, saya memohon beberapa institusi pengajian untuk menyambung pengajian. Ada beberapa tawaran yang datang dan tak kurang juga di mana saya memohon untuk melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama yang saya pergi ialah SM Tunku Muhammad, Kuala Pilah. Di sini tidak banyak pengalaman yang dikutip kerana hanya menginap selama lebih kurang 2 minggu.  Minggu orientasi pun tak sempat (rasanya). Lagipun sedikit sebanyak sudah terlupa.  Permulaan hidupku di sekolah berasrama. Jarak rumahku dan sekolah lebih kurang 1 jam 20 minit.